Sunday 19 June 2011

selAmAt hAri bApA

Bulan Jun ni sememangnya meriah dan penuh dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik. Kalau dalam bulan Mei yang lepas sudah diadakan sambutan hari ibu, dalam bulan Jun pula diadakan sambutan hari bapa atau ‘Fathers Day’. Tarikh sebenar sambutan hari tersebut juga berbeza-beza mengikut negara berdasarkan persepsi masing-masing. Di Malaysia kita tarikh sambutan hari bapa ditetapkan pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun. Maknanya bagi tahun 2011 ini tarikh sambutan hari bapa adalah pada 19 Jun 2011
poster anak bapak Kemaskini Tarikh Sambutan Hari Bapa Di Malaysia
Entah kenapa bila sebut hari bapa terus teringat kat cerita popular Anak Bapak, gandingan mantap Tan Sri P.Ramlee dan A.R Tomple serta Ibrahim Din. Mungkin ada kaitan sikit-sikit kot.
Laman wikipedia menjelaskan sejarah sambutan ‘Father’s Day’ secara moden mula dilaksanakan pada July 5, 1908 di Fairmont, West Virginia. Punca sambutan pun boleh rujuk di laman tersebut. Di Malaysia pula saya tidak pasti bilakah sambutan hari bapa mula diperkenalkan.
Bagaimana pula dengan hukum umat islam meraikan hari bapa ini? sama dengan isu hukum sambutan hari ibuyang pernah dibincangkan sebelum ini, pada saya selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat dan peraturan Islam, ianya boleh diraikan dengan cara yang munabah.
Sebab itulah setiap Muslim sepatutnya paling kurangpun mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa mereka 5 kali sehari setiap kali selepas solat 5 waktu di samping berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan dan perasaan mereka yang bersusah payah membesarkan anak-anak.
Pada masa yang sama Islam juga telah meletakkan peranan bapa di tempat paling tinggi dalam institusi keluarga. Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhlas, berakhlak mulia, bermoral, bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran. Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana damai sentiasa wujud dalam keluarganya.
Secara ringkasnya di antara peranan bapa mengikut perspektif Islam adalah:
1. Bapa adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang paling kecil ini;
2. Seorang bapa berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kelurgaa, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya;
3. Bapa juga wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama; dan
4. Pentadbiran seorang bapa  di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan sifat rahmah iatu kasihan belas, baik, adil, berakhlak dan contoh yang baik kerana dia bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya.
Secara keseluruhannya peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti seorang suami atau bapa. Selamat menyambut hari bapa kepada semua dan kepada bapa-bapa semua, mungkin boleh ‘relook’ amanah dan tanggungjawab yang telah di berikan kepada kita semua dalam berumahtangga, mana tau kot-kot ada yang terlepas pandang.


No comments:

Post a Comment