Thursday 16 June 2011

~Namaku Bedah~

BAB 1
  "Erm... cantiknya! Siapa kata saya tidak cantik?
Sekiranya ada orang mengatakan wajah saya ini tidak cantik,saya pasti akan sumbat mulut orang itu dengan kertas.Biar tidak boleh bernyawa dan bercakap lagi.Padan muka!"Dia bercakap lalu ketawa sendirian.

   Cermin yang berada di hadapannya itu terus menjadi tatapan.Rasanya sudah hampir tiga puluh minit dia berdiri di situ.Dia masih belum puas melihat penampilan dirinya.Badannya yang langsing,ditambah pula dengan pemilihan pakaian yang dipakainya menyerlahkan lagi kecantiknya.Sekali dilihat,persis bidadari yang baru turun dari bulan!

   Semuanya lengkap.Kulitnya cantik.Rambutnya ikal mayang.Hidungnya mancung.Semua yang diimpikan oleh remaja sebaya dimiliki olehnya.Hanya satu,iaitu....

  "Bedah!" Hajah Hamidah menjerit memanggil nama anaknya itu.

   Bedah memuncungkan mulut mendengar ibu memanggil namanya itu.Dia menyapu bedak lalu meratakannya sekali lagipada bahagian mukanya.

No comments:

Post a Comment