Thursday 16 June 2011

Namaku Bedah

SINOPSIS

Namaku Bedah binti Bedul.
Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa 
adalah hasil gabungan nam mereka 
berdua iaitu Bedul dan Hamidah.

Berkali-kali aku meminta daripada ibu
supaya dia benarkan penukaran nama.
Namun,katanya namaku itu tanda cinta
dia dan arwah bapa.
Oleh itu,aku tidak dibenarkan sama 
sekali menukarnya.

Bagaimana aku akan mendaftar di kolej
dengan nama itu?
Gadis secantik aku bernama Bedah!
Tidak padan,bukan?
Dengan nekad,aku menggunakan nama
baru di kolej.

Namun,langit tidak selalu cerah.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke tanah juga.

Hakikatnya,namaku tetap....

BEDAH!


No comments:

Post a Comment